Assalamualaikum
wr.wb , semoga kita selalu dalam lindungan Allah SWT, duniasharing
ingin sharing tentang manusia yang didoa oleh malaikat. Percaya
kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang
ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang
didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat
memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.
Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin
menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan
bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi
juga sokongan malaikat.
Peringatan
diri: Solat itu wajib, jangan biarkan diri di mamah usia dengan
kekosongan rohani. Isikan dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik
rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa,
zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka.
Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.
Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah
Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat
dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaallah
yang sunat pun akan berkat. Amin.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah
s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian
mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka
menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan
kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,
ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar